Program KOSPEN Bersama Pusat Internet
15 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2020, telah diadakan Program KOSPEN (Komuniti Sihat Pembina Negara) bersama Pusat Internet bagi kawasan Kuala Lumpur dan telah diadakan di Pusat Internet PPR Kerinchi bermula pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. KOSPEN merupakan program di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia demi mendidik masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup sihat dan mewujudkan masyarakat yang sejahtera. KKM melatih beberapa staff Pusat Internet supaya dapat membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Internet sendiri.
Staff Pusat Internet diajar cara untuk mengambil pemakanan yang sihat dan mengikut sukatan yang betul untuk mendidik komuniti setempat supaya lebih menitikberatkan mengenai kesihatan masing-masing. Antara pemeriksaan kesihatan yang diajar seperti memeriksa tekanan darah, mengira BMI dan membuat pemeriksaan kadar gula dalam darah. Staff Pusat Internet dilatih oleh Doktor & pembantu perubatan yang bertauliah sepanjang program berjalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: